PSP Kongsi Pengalaman Mengenai Cabaran & Usaha Inovasi Di Pasaran | PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI)
» BERITA » PSP Kongsi Pengalaman Mengenai Cabaran & Usaha Inovasi Di Pasaran

PSP Kongsi Pengalaman Mengenai Cabaran & Usaha Inovasi Di Pasaran

KUALA LUMPUR 20 Feb - PSP menganjurkan perkongsian pengalaman dengan topik mengenai pengkomersilan inovasi ke pasaran: cabaran & usaha kepada peserta Malaysia Technology Expo (MTE) 2020 di PWTC baru-baru ini.

Prof Madya Dr Wan Nurhayati Abd Rahman, Timbalan Pengarah Bahagian Promosi & Pengkomersilan Inovasi, (Pemangku Pengarah) PSP berkongsi pandangannya untuk menguruskan cabaran dalam mengkomersialkan Harta Intelek (IP) dan lembah maut; dalam menterjemahkan teknologi & inovasi menjadi produk yang berdaya maju.

Juga, bagaimana merapatkan jurang antara akademik dan industri untuk memastikan pengkomersialan yang berjaya; memberi impak di luar akademik untuk menyumbang kepada ekonomi yang diterajui oleh inovasi dengan model perniagaan yang mampan.

Putra Dynamic PSP UPM telah bergabung dengan Persatuan Pengurus Inovasi dan Teknologi (ITMA) Malaysia yang turut berkongsi platform dan objektif yang sama untuk mempromosikan pemindahan teknologi di kalangan penyelidik dalam program setengah hari bersempena dengan Malaysia Technology Expo (MTE) 2020.

Tarikh Input: 27/02/2020 | Kemaskini: 26/11/2020 | asrizam

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1002/1293
-
SXDcRAv~