Event Title
EKSA: PROGRAM KUPASAN BUKU - LAMAN KUDAPAN MINDA (SUDUT BACAAN) PEJABAT TNCPI
Date
17 Nov 2023 - 17 Nov 2023
Location
LAMAN KUDAPAN MINDA
Event Summary
Adalah dimaklumkan Universiti Putra Malaysia menyokong hasrat pihak kerajaan dalam menyemarakkan budaya membaca di Institusi Pendidikan Tinggi Malaysia melalui program Read@Uni iaitu inisiatif kempen membaca untuk semua universiti di Malaysia yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Sehubungan itu, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) akan menganjurkan Program Kupasan Buku bagi Sudut Laman Kudapan Minda (Sudut Bacaan) Pejabat TNCPI yang akan diadakan sebagaimana butiran di bawah:
Tarikh program : 17 November 2023 (Jumaat)
Masa : 9:30 pagi
Lokasi : Laman Kudapan Minda (Sudut Bacaan Pejabat TNCPI)
Tajuk Buku : Sejarah Palestin
Pegawai yang akan membuat ulasan buku tersebut adalah Puan Nor Asyikin Harun, Pegawai Undang-undang Pejabat TNCPI.
Sehubungan itu, tuan / puan adalah DIWAJIBKAN untuk menyertai Program ini dengan memakai pakaian bertemakan warna bendera Palestin atau membawa mafla / bendera berkaitan.
Di atas komitmen dan kehadiran tuan / puan ke Program ini amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Updated:: 16/11/2023 [aishah]
MEDIA SHARING