Dari Meja Timbalan Naib Canselor (P&I) | PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI)
» MENGENAI KAMI » Maklumat Korporat » Dari Meja Timbalan Naib Canselor (P&I)

Dari Meja Timbalan Naib Canselor (P&I)


Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Selamat datang ke laman web Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi).

Kejayaan Universiti Putra Malaysia (UPM) mengorak langkah dan menjadi salah sebuah Universiti Penyelidikan terkemuka adalah berkat daripada segala usaha warga UPM yang komited dalam memacu UPM terutamanya dalam bidang Penyelidikan dan Inovasi ke arah kecemerlangan. Walau bagaimanapun, peranan UPM bukan setakat di situ sahaja, usaha untuk terus meningkatkan kecemerlangan Penyelidikan dan Inovasi masih perlu dipergiatkan lagi bagi mencapai visi dan misi UPM. Transformasi Penyelidikan ditekankan supaya penyelidikan di UPM lebih dinamik, berkualiti dan mampu mencapai taraf antarabangsa.

Antara tujuan utama pejabat ini ialah menyokong matlamat UPM dalam penjanaan nilai melalui ekosistem RDCE yang mantap dan lestari. Terdapat empat entiti utama di bawah portfolio Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi). Pertama, Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) yang bertanggungjawab dalam menggerakkan pengurusan penyelidikan dan meningkatkan impak keseluruhan penyelidikan untuk memperluas kerjasama dan mengukuhkan perkongsian dengan universiti penyelidikan bertaraf dunia yang lain. Kedua, Putra Science Park (PSP) yang berperanan untuk memacu inovasi ke arah penjanaan kekayaan dan pembangunan negara. Ketiga, Penerbit UPM yang bertanggungjawab untuk memperbanyakkan genre penerbitan tanpa mengabaikan fokus utama dalam penerbitan ilmiah berasaskan penyelidikan dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris yang bermutu tinggi. Bagi perkara-perkara am pentadbiran, pengurusan dan keperluan sumber manusia, rancangan fizikal kewangan dan keseluruhan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) adalah diuruskan oleh Bahagian Pentadbiran, iaitu entiti keempat.

Saya berharap segala informasi yang disediakan akan dapat memudahkan pelawat dan warga kampus dalam memahami peranan, sumbangan dan aspirasi pejabat ini dalam menjayakan skop Penyelidikan & Inovasi.

Sekian. Terima kasih.


“BERILMU BERBAKTI”

 

PROF. DR. ZULKIFLI IDRUS
Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi)

Kemaskini:: 21/08/2018 [mohdnadzri]

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1002
-
B1566725457