Sesi Dialog TN50 Menteri Pendidikan Tinggi Bersama Ahli Akademik | PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI)
» BERITA » Sesi Dialog TN50 Menteri Pendidikan Tinggi bersama ahli akademik

Sesi Dialog TN50 Menteri Pendidikan Tinggi bersama ahli akademik

SERDANG, 25 Julai – Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan sesi Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang melibatkan Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Idris Jusoh bagi mengumpul idea dalam usaha merealisasikan TN50.

Semasa sesi perbincangan,  Dato’ Seri Idris bersetuju dengan idea ahli akademik antaranya mengenai cara memperkasakan sistem pendidikan tinggi dan penerapan teknologi dalam pendidikan.

 

Antara aspirasi yang disuarakan iaitu memperkasakan sistem pendidikan tinggi, menyemai semangat kasih sayang di kalangan mahasiswa, meningkatkan kolaborasi bersama industri, penerapan teknologi dalam pembelajaran dan mewujudkan pemimpin bijaksana yang mampu membawa manfaat kepada masyarakat.

 

Turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Dr. Mary Yap Kain Ching; Ketua Setiausaha KPT, Tan Sri Dr. Noorul Ainur Mohd Nur; Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi, Datin Paduka Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir, Naib Canselor UPM, Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris, Pengurusan Kanan UPM serta ahli-ahli akademik dari institusi pengajian tinggi awam dan swasta.

TN50 adalah usaha untuk membentuk masa depan Malaysia bagi tempoh 30 tahun selepas 2020 (2020 hingga 2050).

Tarikh Input: 20/08/2017 | Kemaskini: 20/08/2017 | fakarrudeen

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1002/1293
-
SXDdDAG~