GCEC 2017 Mengetengahkan Kepentingan Kejuruteraan Awam Negara | PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI)
» BERITA » GCEC 2017 mengetengahkan kepentingan kejuruteraan awam negara

GCEC 2017 mengetengahkan kepentingan kejuruteraan awam negara

KUALA LUMPUR, 25 Julai - Jabatan Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Kementerian Kerja Raya (KKR), Jabatan Kerja Raya (JKR), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Lembaga Jurutera Malaysia (BEM) menganjurkan Persidangan Global Civil Engineering (GCEC 2017) bagi mengetengahkan kepentingan kejuruteraan awam negara.

Menteri Kerja Raya Malaysia, Dato’ Sri Fadillah Yusof berkata industri pembinaan mempunyai peluang yang cerah untuk meneraju industri pembangunan negara.

“Dalam perkembangan situasi global, Kementerian Kerja Raya, melalui CIDB mengambil langkah proaktif membangunkan Program Transformasi Industri Pembinaan (CITP) bagi memperkasakan industri pembinaan negara seperti yang digariskan dalam Plan Malaysia ke-11,” katanya.

Naib Canselor UPM, Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris berkata adalah penting untuk aspek kejuruteraan awam dalam kehidupan seharian setiap individu.

“Pembangunan sekata ditakrifkan sebagai pembangunan yang memenuhi kehendak hari ini, tanpa memudaratkan kehendak generasi akan datang,” katanya.

Tambah beliau lagi, pembentukan dasar kejuruteraan awam wajar diiktiraf memandangkan persekitaran dan pembangunan sesebuah negara tidak dapat dipisahkan.

Sementara itu, GCEC 2017 yang bertemakan ‘Steering Global Sustainability Through Civil Engineering’ adalah amat bersesuaian dengan industri pembangunan di mana terdapatnya saingan serta desakan dari para pelabur.

Pengerusi GCEC 2017, Prof. Dato’ Ir. Dr. Mohd Salleh Jaafar menyatakan bahawa persidangan ini menyaksikan penubuhan Majlis Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam, Malaysia (Malaysian Council of Civil Engineering Heads – MyCECH). Majlis ini dibentuk bagi menyediakan forum untuk membincangkan hala tuju kerjasama antara jabatan serta fakulti kejuruteraan awam di dalam dan luar negara.

Selain itu seramai 200 pembentang dari 27 negara antaranya India, Iran, Nigeria, Korea Selatan, Itali dan Jepun.

Tarikh Input: 20/08/2017 | Kemaskini: 20/08/2017 | fakarrudeen

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1002/1293
-
SXERHAm~