EDU-PARK Jalin Kerjasama Tarik Pelancong | PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI)
» BERITA » eDU-PARK jalin kerjasama tarik pelancong

eDU-PARK jalin kerjasama tarik pelancong

SERDANG, 15 Jun -  Program pelancongan pendidikan di dalam kampus Universiti Putra Malaysia (UPM), eDU-PARK, mengorak langkah dengan menjadi universiti terawal menjalin kerjasama dengan empat agensi pelancongan  ke arah memperkukuhkan eEDU-PARK sebagai destinasi untuk pelancong dalam dan luar negara.

Ia bertujuan memperkembangkan lagi kerjasama berkaitan edu-pelancongan dan agri-pelancongan di UPM dalam menarik pelacong.

eDU-PARK yang merupakan satu bahagian di Putra Science Park UPM adalah program pelancongan pendidikan yang berasaskan pengalaman secara pembelajaran (experiential  learning) melibatkan lapan lokasi di UPM, Serdang.

Lokasi itu ialah Galeri Serdang di Fakulti Rekebentuk dan Senibina, Muzium Warisan Melayu (Fakulti Bhasa Moden dan Komunikasi), Taman Konservatori (Insitut Biosains),  Muzium Anatomi Manusia (Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan), Muzium Anatomi Haiwan (Fakulti Perubatan Veterinar), serta Ladang Tenusu, Ladang Rusa dan Pusat Ekuin (Taman Pertanian Universiti).

Kerjasama itu dijalin dengan Mona Holidays Sdn Bhd, Hijrah Nusrah Travel & Tours Sdn Bhd, Permai Rantau Sdn Bhd dan Suria Excellence Travel & Tours Sdn Bhd bagi mempromosikan pakej-pakej pelancongan. Majlis pertukaran dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) diadakan hari ini.

Timbalan Naib Canselor (Penyeldikan dan Inovasi), Prof Dato’ Dr Husaini Omar berkata eDU-PARK mempunyai peranan penting untuk menjerayawarakan kepakaran, teknologi dan inovasi UPM kepada masyarakat.

Katanya, selain lapan lokasi sedia ada, eDU-PARK juga sedang berusaha membangunkan lima lagi lokasi yang berpotensi menarik lebih ramai pengunjung iaitu Petting Zoo, Muzium Patologi Manusia, Kem Pertanian, Makmal Transgenik dan kelas memasak di L’Apprenti.

“Di bawah Program eDU-PARK, masyarakat umum sama ada di dalam atau luar negara mempunyai peluang meneroka dunia akademik dan menimba pengetahuan dari pakar edu-pelancongan melalui aktiviti interaktif yang ditawarkan.

“Usaha ini merupakan salah satu inisiatif UPM untuk berkongsi kepakaran dan fasiliti di samping mempromosikan teknologi dan inovasi UPM di peringkat kebangsaan serta antarabangsa, dan selaras dengan matlamat UPM melonjak perkhidmatan jaringan industri dan masyarakat,” katanya.

Timbalan Pengarah Bahagian eDU-PARK, Putra Science Park UPM, Prof Madya Dr Faridah Qamaruz Zaman pula berkata sejak, dilancarkan pada 2014, eDU-PARK telah menerima hampir 4,000 pengunjung dari pelbagai negara termasuk Jepun, Korea Selatan, China, India, Itali, Australia dan Amerika Syaikat serta lebih 41,000 pengunjung tempatan.

Dengan tagline ‘PLAY, LEARN & STAY YOUNG,’ katanya, eDU-PARK menerapkan elemen pengalaman secara pembelajaran apabila pelawat berpeluang mengendalikan aktiviti secara hands-on dan berinteraksi dengan pakar-pakar UPM.

Tarikh Input: 20/08/2017 | Kemaskini: 20/08/2017 | fakarrudeen

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1002/1293
-
SXDdBAN~