Profile Of Deputy Vice Chancellor (R&I) | Office of the Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)
» ABOUT US » Corporate Information » Profile of Deputy Vice Chancellor (R&I)

Profile of Deputy Vice Chancellor (R&I)

SERDANG – YBhg. Prof. Dato' Dr. Husaini Omar dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk tempoh tiga (3) tahun, berkuatkuasa pada 15 Februari 2017 – 14 Februari 2020.

Sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), beliau bertanggungjawab dalam pembangunan penyelidikan melalui pembudayaan penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan hasil penyelidikan (R&D&C) di UPM. Pihak pengurusan UPM menyifatkan pelantikan Prof. Dato' Dr. Husaini akan dapat memperkembangkan dan memantapkan lagi aktiviti penyelidikan, inovasi dan pengkomersilan hasil penyelidikan, dan seterunsya memastikan UPM terus kekal sebagai Universiti Penyelidikan terkemuka.

Pelantikan baharu itu adalah bagi menggantikan Prof. Dato’ Dr. Mohd Azmi Mohd Lila yang tamat tempoh pelantikannya pada 31 Disember 2016. Pihak pengurusan UPM turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Prof. Dato’ Dr. Mohd Azmi di atas sumbangan beliau sepanjang perkhidmatan sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), UPM di sini.



Updated:: 21/07/2016 [fakarrudeen]

MEDIA SHARING

Office of the Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389471002
0389451646
C1511052901